Program Subsidi Petrol – Kemaskini akaun anda sebelum 30 November

Program Subsidi Petrol – Kemaskini akaun anda sebelum 30 November.

KEPADA PENERIMA PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)

Sila pastikan kemas kini maklumat permohonan anda di portal PSP sini sebelum 30 November 2019. Hanya bagi isi rumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4000 dan ke bawah.

Program Subsidi Petrol - Kemaskini akaun anda sebelum 30 November

Syarat-Syarat Kelayakan Penerima (Mesti memenuhi semua syarat)
1. Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdafar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal;
4. Kriteria kenderaan yang layak berdasarkan kapasiti enjin:

Program Subsidi Petrol kelayakan

5. Kadar kelayakan subsidi mengikut pemilikan kenderaan:

Program Subsidi Petrol kelayakan 2020

Program Subsidi Petrol bermula pada 1 Januari 2020 dan bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada April 2020 (Fasa 1), Ogos 2020 (Fasa 2) dan Disember 2020 (Fasa 3).


Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Sumber: PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Logo
Login/Register access is temporary disabled